Semput

February 18, 2017

Semput 


Semput ne bahasa kampung CM selalu sebut sebenarnya Ashtma atau Lelah.
Jangan main-main sekali kena memang menangis sebab dada terasa sempit dan menjadi sukar untuk bernafas.

Ketika pesakit diserang ashtma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.
Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.


Dulu waktu kecik memang selalu CM kena semput sampai nak masuk sukan pun cikgu tak bagi takut pengsan tengah padang. Nak tak nak ayah CM datang sekolah cakap kalau apa-apa terjadi sendiri tanggung. 
Mengada betul CM dulu dah tau semput pun galak nak bersukan tapi ok lah dapat jugak wakil daerah main bola jaring. 

Punca Semput  

1-Udara Sejuk
2- Terdedah dengan asap rokok
3-Alahan ( bulu binatang, Habuk Karpet )
4- Jangkitan sistem penafasan 

Punca yang sebenar macam mana boleh semput tu sebenarnya bergantung dengan persekitaran juga. Ini Doktor yang jaga Qilah dulu cakaplah. Sebab dulu sebelum CM bagi qilah makan suplimen shaklee setaun mesti 2 @ 3 kali menginap kat hospital.

 
Semput, Lelah
Corong yang menyusahkan suatu ketika dulu, Alhamdulillah sekarang tak tau letak kat mana dah


Suplemen untuk asthma

 
Semput, Lelah
muka slumber jew, kalau suruh amik neb dulu menangis

Omega Guard (Asid lemak Omega-3)
Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak biasa yang tidak mengamalkannya.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.
 
Semput, Lelah
Minyak ikan paling best sebab tak bau hanyir
Nutriferon  
(interferon semulajadi Shaklee)
Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara. 
 
Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.


Arghh Jeragat  

Jika anda mahu mendapatkan Supliment Shaklee dengan Harga super jimat hubungi :
 
Cik Mijah: 017-3687028
Email : mizzmia27@gmail.com
FaceBook : Miza Talib
Instagram : Miza_Talib

No comments:

Powered by Blogger.